Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pra-U TMS

Pada hari jumaat , 14 Ogos 2015 - Semua warga  SMK. Tuanku Muhammad  telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru,kakitangan dan semua pelajar tingkatan 6  termasuk pelajar china dan India.

Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Persiapan juadah makanan dan persiapan akhir dewan iaitu meletakan pintu gerbang dilakukan pada jam 7.30 pagi hingga 9.15 pagi
. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah bermula dengan ucapan Tn Hj Murad Nordin dan diikuti ucapan daripada pengetua sekolah iaitu En. Azizan Bin Aziz . Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah.

Semua warga SMK Tuanku Muhammad kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak sekolah untuk dijamu kepada guru-guru,kakitangan sekolah dan para pelajar tingkatan 6
. Pada hari tersebut juga ,ada pelajar yang menyambut hari kelahiran dan pelajar tersebut diraikan oleh semua warga SMK Tuanku Muhammad dengan meriahnya dan acara meniup lilin pada kek dilakukan sekali.


Kami semua berharap agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan.








SUMBER : NORASHIKIN

PPU 1/4

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.