JPAM

Pada hari Selasa 26/5/2015, semua pelajar tingkatan 6 rendah terlibat dengan program bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Program tersebut bermula dari pagi sehingga jam 3.30 petang. Terdapat dua sesi sepanjang program tersebut.
                

Aktiviti pada sesi pertama ialah tentang asas pertolongan cemas. Penceramah tersebut menerangkan tentang maksud atau definisi sebenar pertolongan cemas. Seterusnya, penceramah tersebut menerangkan tentang prinsip-prinsip pertolongan cemas. Selain itu, kami diberi pendedahan tentang cara-cara untuk member bantuan pernafasan iaitu cardiopulmonary resuscitation (CPR). Kami juga diberi peluang untuk mencuba sendiri member bantuan pernafasan.

               

  Seterusnya, sesi kedua dijalankan selepas rehat. Dalam sesi kedua, kami semua diberkian pendedahan tentang cara memadamkan api. Taklimat pemadaman api tersebut berjalan selama hamper setengah jam. Setelah taklimat selesai, anggota JPAM mempraktikkan teknik pemadaman api. 3 teknik pemadaman api telah ditunjukkan oleh anggota JPAM. Beberapa pelajar juga berpeluang mencuba memadam api. Aktiviti tersebut tidak mengambil masa yang lama. Setelah selesai, semua pelajar diminta masuk kembali ke dewan dan diberi sedikit taklimat oleh guru, kemudian semua pelajar dibenarkan balik, maka berakhirlah program bersama JPAM pada hari tersebut.

SUMBER (JURNAL) : BADRIAH

PPU 1/4