Program Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah ini merupakan
program yang dijalankan setiap tahun terhadap setiap pelajar yang bakal
menduduki tingkatan enam. Mereka ini merupakan pelajar-pelajar pelapis senior
selepas Tingkatan 6 Atas di setiap sekolah.
Justeru, untuk melahirkan pelapis-pelapis yang berilmu, berwibawa, cemerlang, mempunyai keyakinan dan sahsiah diri yang tinggi serta menjadi role-model bagi pelajar-pelajar junior maka mereka ini perlu dilatih, dibimbing dan diberi pendedahan input-input yang luas terhadap semua perkara berkaitan akademik terutama terhadap subjek-subjek baru serta hala tuju mereka memasuki alam tingkatan 6 atau pra-u selepas peperiksaan SPM.
Justeru, untuk melahirkan pelapis-pelapis yang berilmu, berwibawa, cemerlang, mempunyai keyakinan dan sahsiah diri yang tinggi serta menjadi role-model bagi pelajar-pelajar junior maka mereka ini perlu dilatih, dibimbing dan diberi pendedahan input-input yang luas terhadap semua perkara berkaitan akademik terutama terhadap subjek-subjek baru serta hala tuju mereka memasuki alam tingkatan 6 atau pra-u selepas peperiksaan SPM.
OBJEKTIF *
Di antara objektif program ini adalah:
1. Untuk
menjalinkan hubungan silaturrahim di antara sesama pelajar dan pelajar dengan
guru.
2
Untuk mewujudkan semangat kerjasama di antara sesame pelajar, pelajar dengan
guru serta antara guru dengan guru.
3
Untuk membantu pelajar meneroka potensi diri dan mengaplikasikannya dengan
berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan semasa memainkan peranan di
sekolah.
4
Supaya pelajar dapat mengenalpasti personality dan pengkhususan yang
bersesuaian dengan diri mereka apabila memilih kursus di IPT kelak.
5
Untuk penyesuaian diri pelajar dengan persekitaran sekolah serta mata pelajaran
baru bagi mereka.
Pendaftaran masuk
pelajar-pelajar baru Pra Universiti (
Tingkatan 6 Rendah ) telah berlangsung serentak di seluruh negara pada 5 Mei
2015 ( Selasa ) yang lalu. Seramai 192 orang calon telah disenaraikan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk mendaftar masuk ke Tingkatan 6 di SMK.
Tuanku Muhammad. Dari jumlah tersebut, seramai 109 calon terdiri dari bekas pelajar
SMK Tuanku Muhammad sendiri. 77 orang calon terdiri dari SMK. DUAM, SMK DAS
,SMK JUASSEH, SMK BATU KIKIR dan SMK SENALING .
Malangnya, pelajar yang hadir untuk mendaftar pada hari
pertama tidak sampaipun 60% dari jumlah keseluruhan yang tersenarai. Hal ini
mungkin berlaku akibat dari masalah teknikal seperti maklumat tidak sampai
kepada pelajar berkenaan ataupun pelajar sedang bercuti di tempat yang jauh.
Masalah pelajar yang sudah bekerja atau tidak berminat untuk meneruskan
pelajaran di Tingkatan 6 juga menjadi sebab mengapa kehadiran pada hari
tersebut tidak mencapai target yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, keseluruhan program Pendaftaran dan Sua
Kenal berjalan dengan lancar dan sempurna di bawah kendalian Unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama oleh Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK
TUANKU MUHAMMAD (TMS).
SUMBER : NORASHIKIN