Tingkatan 6 rendah telah ditugaskan
oleh guru koko kami untuk membuat persembahan bersempena dengan Hari Guru. Kami
diberi masa selama satu minggu. Sepanjang satu minggu itu, semua kelas termasuk
kelas kami bertungkus lumus membuat latihan untuk persembahan Hari Guru yang
akan diadakan pada hari Rabu. Pada hari Rabu itu, semua kelas membuat
persembahan dengan baik. Kelas kami telah menghantar wakil Syuhada untuk
mendeklamasikan sajak.
Pada hari Rabu seterusnya, ahli jawatankuasa
tertinggi persatuan, permainan dan badan beruniform telah menjalankan aktiviti
‘explorace’, dimana semua pelajar wajib menyertainya. Setelah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan,setiap kumpulan akan diberikan ‘checkpoint’ dan
seterusnya bergerak ke ‘checkpoint’ yang telah ditetapkan. Aktiviti ‘explorace’
ini berjalan selama 1 ke 2 jam. Setelah selesai , kami dibenarkan untuk rehat
dan seterusnya pembelajaran berjalan seperti biasa, maka berakhirlah aktiviti
koko kami yang kedua.
SUMBER (JURNAL) : BADRIAH