Suasana PPU 1/4


18 Mei 2015 adalah tarikh rasmi kami sebagai pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada hari tersebut, pelajar-pelajar baru tingkatan 6 telah masuk ke kelas masing-masing dimana setiap kelas adalah berbeza dengan setiap aliran. Pada hari pertama di dalam kelas, kami telah berkenalan dengan kawan baru, guru baru dan persekitaran yang baru. Setiap orang dengan personaliti yang berbeza memerlukan masa yang lama untuk mengenal mereka dari seorang kepada seorang.
Pada hari pertama pembelajaran, guru kelas telah masuk dan proses pelantikan ajk kelas pun dijalankan dari ketua kelas hinggalah ahli jawatankuasa. Selepas itu, pelajar-pelajar membayar duit kelas kepada bendahari untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk menghias kelas. Tidak perlu banyak perubahan dalam kelas ini kerana hiasan daripada pelajar terdahulu masih dalam keadaan yang baik dan masih boleh digunakan lagi. Keceriaan kelas hanya memakan masa yang singkat untuk dilaksanakan dan selepas itu beberapa perkara sahaja yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan kelas tersebut. Seterusnya, pembelajaran tentang subjek baru amat sukar pada mulanya kerana kebanyakan pejalar dalam kelas ini bukanlah pelajar yang pernah mengambil aliran yang ditawarkan di kelas itu. Oleh itu, ia sukar pada mulanya tetapi selepas beberapa minggu mempelajarinya, ia menjadi senang bagi kami sebagai pejalar didalam kelas tersebut untuk menerimanya.
Guru-guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, sejarah, ekonomi, pengajian am dan muet semuanya bagus dalam menyampaikan mata pelajaran tersebut kepada kami. Perancangan pelajar selepas raya tahun 2015 ini adalah untuk mewujudkan kafe dibahagian belakang kelas. Tujuan kami merancangkan kafe ini adalah untuk menghidupkan suasana santai didalam kelas semasa waktu rehat dan juga waktu lapang.






SUMBER (JURNAL): EDIKA

PPU 1/4